Powered by Blogger.
RSS

STRAWBERI




Kandungan yang terdapat dalam buah strawberi


1. Vitamin C



Kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah strawberi lebih banyak berbanding 1 buah jeruk orange, kerana strawberi memberikan 94 miligram vitamin C atau 1.5 keperluan vitamin C harian. Banyak manfaat dari memakan vitamin C, antara lain menjaga kesihatan gigi dan gusi anak-anak tetap sihat, membantu penyembuhan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan serta menjadi antioksidan yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.


2. Kalori



Lapan buah stoberi atau 1 gelas strawberi hanya mengandungi 50 kalori dan tidak mengandungi kolesterol atau asam lemak jenuh. Jumlah yang sama juga memberikan 30 mikrogram (ug), asam folat. Jumlah ini setara dengan 7,5 peratus keperluan asam folat harian untuk ibu hamil, yakni 400 ug. Asam folat ini penting untuk mengelakkan kurang upaya tabung saraf pada janin. Disamping itu, 1 gelas stroberi juga mengandungi skitar 270 miligram potassium, dimana potassium merupakan salah satu mineral yang disyorkan ada dalam menu makanan bagi orang yang ingin menurunkan tekanan darah. Jumlah yang sama juga megandung sekitar 4 gram serat, yang boleh membantu menurunkan kadar lemak kolesterol darah dan menyihatkan saluran pencernaan.



3. Antioksidan



Dalam sebuah kajian, buah strawberi menduduki peringkat tertinggi kandungan antioksidan. Antioksidan merupakan sebatian yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan oleh bahan-bahan penimbul kanser. Antioksidan bekerja dengan mencegah atau mengganggu proses yang dapat mengarah pada pembentukan sel-sel kanser. Selain itu, antioksidan di dalam strawberi memberikan perlindungan pada hati, dan antiinflamasi.



Dalam suatu percubaan terhadap ekstrak strawberi oleh Jabatan of Agirculture AS, ekstrak tersebut menunjukkan daya hambat yang besar terhadap pertumbuhan sel kanser serviks mahupun sel kanser payudara. Beberapa kajian juga menunjukkan, asam ellagik yang ada dalam strawberi boleh menghalang kanser paru-paru, kerongkong, payudara, kulit, dan kanser hati yang disebabkan oleh pencernaan bahan-bahan kimia. Dalam percubaan dengan sel kanser payudara, asam ellagic boleh menghalang pertumbuhannya hingga 45 peratus. Kuercetin yang ada dalam strawberi juga boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan kanser payudara.



Buah strawberi juga mengandungi sebatian-sebatian fitokimia yakni asam ellagik, kuersetin, kaempferol, asam fenolat dan antosianin yang diketahui dapat mencegah penggumpalan dara, salah satu penyebab orang kena serangan jantung atau stroke.



Kandungan gizi buah strawberi segar dalam 160 gram mengandung: tenaga 50 kalori, protein 1 gram, karbohidrat 11,65 gram, serat 3,81 gram, kalsium 23, 24 mg, magnesium 16,60 mg, fosfor 31,54 mg, potasium 44 , 82 mg, selenium 1,16 mg, vitamin C 94,12 mg, Folat 29,38 mg, Vitamin A 44,82 IU


Inilah Khasiat Buah Strawberi Untuk Kesihatan


Dengan komposisi nutrisi yang telah disebutkan di atas, strawberi mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. 
Khasiat buah strawberi untuk kesihatan antara lain:


1. Memutihkan Gigi



Asam malat yang terkandung dalam strawberi bertindak sebagai bahan yang akan mengikis dan menghilangkan beberapa noda pada permukaan gigi. Dengan mengunyah strawberi setiap hari dapat membantu untuk menyihatkan mulut, seperti: memutihkan gigi, menghilangkan bau mulut, dan membuat nafas menjadi lebih segar.



2. Mencegah kanser



Kandungan vitamin A, C, E dan Asam ellagic yang berfungsi melumpuhkan sel kanser dalam tubuh. Dan juga dapat mencegah terjadinya Leukimia. Leukemia merupakan salah satu kanser yang sangat mematikan dan buah strawberi dipercayai dapat mencegah terjadinya kanser sel darah.



Selain itu strawberi mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini akan melindungi tubuh dari serangan kanser. Kandungan antioksidan dalam strawberi ini pun tetap tinggi walaupun telah diolah menjadi bentuk lain, seperti selai atau jus. Selain itu, sebatian asid ellagik dan kuersetin yang ada dalam strawberi juga boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat, kanser payudara, kanser kulit, dan kanser hati.


3. Mengubati Jerawat



Kandungan asam salisiat di dalam strawberi mempunyai manfaat untuk mengubati jerawat secara alami.



4. Menghaluskan kulit



Buah strawberi mampu mengangkat sel-sel kulit mati. Gunakan strawberi ini sebagai lulur mandi. Untuk mendapatkan manfaat lebih, campurkan strawberi yang telah dihaluskan ini dengan susu dan minyak zaitun. Selain menjadi lebih halus, kulit pun akan tampak lebih cerah.



5. Dapat mencegah terjadinya radang dan alergi



Strawberi merupakan buah-buahan yang mengandungi gula rendah sehingga sesuai untuk diet penghidap diabetes, melawan radang sendi.



6. Kesihatan mata



Usia dan nutrisi mempengaruhi keadaan kesihatan mata. Namun dengan adanya zat anti oksidan yang dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan boleh dicegah.



7. Kerosakan Fungsi Otak



Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan, tetapi juga mengancam keadaan fungsi otak. Namun dengan adanya vitamin C dan fitonutrient tadi hal tersebut boleh dicegah.



8. Tekanan darah tinggi



Karena kandungan potasium dan zat besi, strawberi  sangat efektif menekan tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang kembali.



9. Penyakit jantung



Kerana tinggi serat, folat, vitamin C dan anti oksidan, strawberi cukup berkesan mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung.



Kandungan serta khasiat buah strawberi untuk kesihatan ini diambil dari beberapa sumber. Semoga bermanfaat dan lebih memotivasi anda untuk hidup lebih sihat dengan pengambilan buah strawberi setiap hari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)



Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatanayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan paramalaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segalakefakiran didepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
   11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
    1. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
    2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
    4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripadatipudaya dan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

K.A.W.A.N

kawan........
engkau telah mengisi hari hari ku
dengan canda tawamu
nampak diwajahmu ceria
nan rupawan

kawan......
begitu bertartinya
kau dalam hidup ini
serasa hampa
jika kau tak disisi
ku melangkah tanpamu
di samping serasa
di ruang tak berpenghuni
walau ku berada dikeramaian
rasa linglung jika kau tak menemani
tak tahu berbuat apa tanpamu disisi

kawan.......
kaulah tempat curahanku
tempat curahan dari segala gundaku
kapanpun dimanapun bagaimanapun
dalam keadaan apapun
kau....selalu ada untukku
selalu ada disetiap kubutuh
tak nampak sedetik molekul
terkecil keluh kesah dihatimu
untuk menemaniku

kawan.........
begitu besar jasamu
kata terima kasih
bahkan berbuat tak cukup membalas jasamu
terima kasih berjuta
berbuat segala untukmu
tak dapat mewakili
terima kasihku untukmu

kawan....
betapa besar jasamu
tak dapat diungkap
dengan kata
andaikan air laut
sebagai tinta
bahkan seisi bumi pun
tak cukup sebagai tinta
untuk menuliskan jasamu

kawan........
kuingin selau bersamamu rasa
tak ingin kulalui waktu tanpamu

kawan......
kuingin selalu dekatmu
rasa tak ingin ada antara denganmu

kawan......
ku tak ingin pisah dari mu
rasa gunda tanpa mu disampingku
jangan kau pergi dariku.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harga Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat dat...ang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".


Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Smart Kaya

Dewasa kini, kita perlu berhutang untung melengkapkan keperluan seharian kita. Sama ada daripada keperluan asas, kenderaan, hartanah, rumah dan sebagainya...
Hutang itu harus, tapi perlu untuk kita membayarnya..jika kita suka berhutang, maka jadilah seorang yang suka membayar hutang. kerana jika kita liat membayar hutang, maka kita akan menjadi "keranda hidup" suatu ketika nanti....
pergi mana-mana sahaja mahu berhutang, dan ramai mencari supaya membayar hutang..

Hutang itu dapat dibahagikan kepada dua iaitu :

  1. Hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin kaya.
  2. Hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin.

Hutang kad Kredit, Skim Ansuran Mudah, dan Pinjaman Peribadi adalah hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin. Sekiranya kita sudah menanggung hutang yang semakin lama semakin miskin, maka kita perlulah mencari penawar bagai kemiskinan itu...ha.. Sekarang ini banyak buku-buku yang di tulis untuk rujukan dan bacaan berkaitan pengurusan kewangan yang baik..

Justeru, bagai yang sedang dilanda masalah hutang, carilah ilmu berhutang dengan membaca buku-buku ilmiah ini supaya kita tidak terjerat dengan bebanan yang membawa maut, stress, tekanan hidup dan sebaginya. Usaha pertama untuk berubah dengan meluaskan pengatahuan dengan bacaan ilmiah. contohnya buku "Hidup Tenang walaupun Berhutang"..

Bagaimana sekarang??? ada berani??? cubalah....banyak manfaatnya... 

Ingat tau, selagi hutang tak langsai tak aman kita dikubur nanti, amalan yang banyak kita buat kat dunia tu tergantung antara langit dan bumi sebabnya HUTANG.. jadi fikir-fikirkan.

"Beringat sebelum kita terjebak dalam hutang, berbelanja mengikut kemampuan bukan kemahuan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi"... 

Mutiara kata

-sekian-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUGAS KELOMPOK MUSLIMIN

Assalamualaikum....
Alhamdulillah tercipta juga blog yg selama ini aku inginkan....baru nk berjinak2 dengan blog sempena tahun baru ini 2013..
Di penghujung 2012 aku diberi pesanan oleh seorg ust,,,,

"kita org muslim ni ada tugas & tanggungjawab..."
  1. Menyeru kpd kebaikan & mencegah kejahatan.
  2. Berpegang teguh dengan agama Allah (ISLAM).
  3. Menyedari bahawa agama Islam ini bukan sekadar agama nasihat, bahkan lebih dari itu.. menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. 
"Barangsiapa yang telah menunjukan ke arah kebajikan, baginya  pahala seperti orang yang melakukan kebaikan tersebut" 
H.R Muslim

Jadi sempena tahun baru ini sediakan satu program untuk diri kita.. 
Program Ketaatan.
  • Tilawah Al-Quran
  • Qiamullail
  • Bacaan Maksurat
Perubahan itu perlu bagi setiap manusia...walaupun sedikit tetapi berkekalan itu adalah lebih baik daripada banyak tetapi tidak berterusan.

Sebaik-baik amalan ialah sedikit tetapi berterusan (Istiqamah)

Itulah sedikit pesanan buat diri untuk tahun baru ini...moga ditetapkan hati dalam amalan pada tahun ini...

wassalam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS