Kandungan yang terdapat dalam buah strawberi
1. Vitamin C
Kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah strawberi lebih banyak berbanding 1 buah jeruk orange, kerana strawberi memberikan 94 miligram vitamin C atau 1.5 keperluan vitamin C harian. Banyak manfaat dari memakan vitamin C, antara lain menjaga kesihatan gigi dan gusi anak-anak tetap sihat, membantu penyembuhan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan serta menjadi antioksidan yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
2. Kalori
Lapan buah stoberi atau 1 gelas strawberi hanya mengandungi 50 kalori dan tidak mengandungi kolesterol atau asam lemak jenuh. Jumlah yang sama juga memberikan 30 mikrogram (ug), asam folat. Jumlah ini setara dengan 7,5 peratus keperluan asam folat harian untuk ibu hamil, yakni 400 ug. Asam folat ini penting untuk mengelakkan kurang upaya tabung saraf pada janin. Disamping itu, 1 gelas stroberi juga mengandungi skitar 270 miligram potassium, dimana potassium merupakan salah satu mineral yang disyorkan ada dalam menu makanan bagi orang yang ingin menurunkan tekanan darah. Jumlah yang sama juga megandung sekitar 4 gram serat, yang boleh membantu menurunkan kadar lemak kolesterol darah dan menyihatkan saluran pencernaan.
3. Antioksidan
Dalam sebuah kajian, buah strawberi menduduki peringkat tertinggi kandungan antioksidan. Antioksidan merupakan sebatian yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan oleh bahan-bahan penimbul kanser. Antioksidan bekerja dengan mencegah atau mengganggu proses yang dapat mengarah pada pembentukan sel-sel kanser. Selain itu, antioksidan di dalam strawberi memberikan perlindungan pada hati, dan antiinflamasi.
Dalam suatu percubaan terhadap ekstrak strawberi oleh Jabatan of Agirculture AS, ekstrak tersebut menunjukkan daya hambat yang besar terhadap pertumbuhan sel kanser serviks mahupun sel kanser payudara. Beberapa kajian juga menunjukkan, asam ellagik yang ada dalam strawberi boleh menghalang kanser paru-paru, kerongkong, payudara, kulit, dan kanser hati yang disebabkan oleh pencernaan bahan-bahan kimia. Dalam percubaan dengan sel kanser payudara, asam ellagic boleh menghalang pertumbuhannya hingga 45 peratus. Kuercetin yang ada dalam strawberi juga boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan kanser payudara.
Buah strawberi juga mengandungi sebatian-sebatian fitokimia yakni asam ellagik, kuersetin, kaempferol, asam fenolat dan antosianin yang diketahui dapat mencegah penggumpalan dara, salah satu penyebab orang kena serangan jantung atau stroke.
Kandungan gizi buah strawberi segar dalam 160 gram mengandung: tenaga 50 kalori, protein 1 gram, karbohidrat 11,65 gram, serat 3,81 gram, kalsium 23, 24 mg, magnesium 16,60 mg, fosfor 31,54 mg, potasium 44 , 82 mg, selenium 1,16 mg, vitamin C 94,12 mg, Folat 29,38 mg, Vitamin A 44,82 IU
Inilah Khasiat Buah Strawberi Untuk Kesihatan
Dengan komposisi nutrisi yang telah disebutkan di atas, strawberi mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.
Khasiat buah strawberi untuk kesihatan antara lain:
1. Memutihkan Gigi
Asam malat yang terkandung dalam strawberi bertindak sebagai bahan yang akan mengikis dan menghilangkan beberapa noda pada permukaan gigi. Dengan mengunyah strawberi setiap hari dapat membantu untuk menyihatkan mulut, seperti: memutihkan gigi, menghilangkan bau mulut, dan membuat nafas menjadi lebih segar.
2. Mencegah kanser
Kandungan vitamin A, C, E dan Asam ellagic yang berfungsi melumpuhkan sel kanser dalam tubuh. Dan juga dapat mencegah terjadinya Leukimia. Leukemia merupakan salah satu kanser yang sangat mematikan dan buah strawberi dipercayai dapat mencegah terjadinya kanser sel darah.
Selain itu strawberi mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini akan melindungi tubuh dari serangan kanser. Kandungan antioksidan dalam strawberi ini pun tetap tinggi walaupun telah diolah menjadi bentuk lain, seperti selai atau jus. Selain itu, sebatian asid ellagik dan kuersetin yang ada dalam strawberi juga boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat, kanser payudara, kanser kulit, dan kanser hati.
3. Mengubati Jerawat
Kandungan asam salisiat di dalam strawberi mempunyai manfaat untuk mengubati jerawat secara alami.
4. Menghaluskan kulit
Buah strawberi mampu mengangkat sel-sel kulit mati. Gunakan strawberi ini sebagai lulur mandi. Untuk mendapatkan manfaat lebih, campurkan strawberi yang telah dihaluskan ini dengan susu dan minyak zaitun. Selain menjadi lebih halus, kulit pun akan tampak lebih cerah.
5. Dapat mencegah terjadinya radang dan alergi
Strawberi merupakan buah-buahan yang mengandungi gula rendah sehingga sesuai untuk diet penghidap diabetes, melawan radang sendi.
6. Kesihatan mata
Usia dan nutrisi mempengaruhi keadaan kesihatan mata. Namun dengan adanya zat anti oksidan yang dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan boleh dicegah.
7. Kerosakan Fungsi Otak
Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan, tetapi juga mengancam keadaan fungsi otak. Namun dengan adanya vitamin C dan fitonutrient tadi hal tersebut boleh dicegah.
8. Tekanan darah tinggi
Karena kandungan potasium dan zat besi, strawberi sangat efektif menekan tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang kembali.
9. Penyakit jantung
Kerana tinggi serat, folat, vitamin C dan anti oksidan, strawberi cukup berkesan mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung.
Kandungan serta khasiat buah strawberi untuk kesihatan ini diambil dari beberapa sumber. Semoga bermanfaat dan lebih memotivasi anda untuk hidup lebih sihat dengan pengambilan buah strawberi setiap hari.
0 comments:
Post a Comment